BANTUAN TEKNIKAL 


 1    Jika Farez Cloud anda ada tanda seruan "!" di hujung seperti di bawah


  Farez Cloud (trial account) !  

atau

  Study Error  

 This script is invite-only. To request  

 access, please contact its author. 


sila delete indicator (dengan klik nama indicator di bahagian kiri atas dan klik tanda pangkah). Refresh apps Tradingview (tutup, logout dan login semula). Masukkan semula "Invite-only scripts".


 2    Tradingview dan Farez Cloud adalah dua entiti yang berbeza. Sila rujuk laman web Tradingview jika menghadapi masalah dengannya.


 3    Untuk permulaan,  kami syor padam sementara indicator lain didalam carta dan guna Farez Cloud sahaja di Tradingview. Ini kerana Tradingview (free version) membenarkan maximum dua (dahulu tiga) indicator di gunakan dalam carta secara serentak. Kebanyakan pengguna baharu terlepas pandang kekangan ini dan kemungkinan akan mengalami masalah semasa cuba masukkan Farez Cloud nanti.


 4    Tradingview (free version) hanya benarkan satu alert di aktifkan dalam telefon bimbit dan pengguna tidak dibenarkan pertindihan login.


 5    Buat masa ini, Farez Cloud dibangun menggunakan PINE language hanya boleh diguna dalam Tradingview. Kami sedang bangunkan Farez Cloud menggunakan MQL language untuk diguna dalam Expert Advice MetaTrader.


 6    Bagi urusan jual beli ekuiti, anda boleh terus menggunakan khidmat broker anda sekarang.


 7    Kami bukan (IB) Introducing Broker. Kami tidak memerlukan anda memasukkan wang ke dalam akaun broker untuk menggunakan Farez Cloud.


 8    Belum lagi wujud indicator yang berkesan 100%. Kalau ada pun, belum dicipta manusia. Seeloknya anda mencuba dan menilai sendiri keberkesanan sesuatu indicator itu.




Farez cloud adalah rakan pelaburan anda. Ia boleh membantu anda menilai TREND, MOMENTUM dan MTF market sebelum membuat keputusan memasuki pasaran. 



TREND

 9    Hala tuju pasaran terbahagi kepada tiga kategori. 

 A    Uptrend 

 B    Downtrend

 C    Sideway


 10    Masuk pasaran jika market uptrend atau downtrend sahaja.


 11    Semasa sideway, bull dan bear sama kuat dan masing masing akan cuba mendominasi hala tuju pasaran. Harga akan berlegar dalam jajaran yang kecil dan ini tidak menguntungkan pelabur memasuki pasaran kerana keuntungan dari trade dalam zon sideway akan di telan bayar komisen broker. 


 12    Semasa sideway akan ada banyak noise, fake signal dan fake breakout, jadinya walaupun ada arrow kuning atau biru keluar, anda perlu berhati hati seeloknya rehat dahulu dari trade. Ini lah antara sebabnya kenapa anda perlu menggunakan teknik MTF seperti dinyatakan di bawah.



MOMENTUM

 13    Cloud tebal bermakna trend momentum harga menaik atau menurun kuat.


 14    Cloud tipis bermakna trend momentum harga menaik atau menurun lemah. 



MULTI TIMEFRAME ANALYSIS (MTF)

 15    Sebaiknya guna teknik MTF (Multi Timeframe analysis) semasa membuat keputusan sama ada untuk masuk atau keluar dari pasaran. 


 16    Trend timeframe besar dan kecil harus selari untuk elak dari market noise dan false breakout.  


 17    Hala tuju jangka panjang pasaran akan cenderung ke arah timeframe besar. 


 18    Teknik MTF bermakna tunggang trend timeframe besar dan kemudian kaji timeframe kecil untuk masuk atau keluar dari pasaran. 


 19    Signal dari timeframe besar lebih berkualiti jika dibandingkan dengan timeframe kecil kerana timeframe besar menggunakan sampling data yang lebih banyak didalam perkiraan algorithm Farez Cloud. 


 20    Statistik menyatakan lebih banyak sampling data lagi bagus kerana signal lebih hampir mencerminkan keadaan sebenar pasaran dan nilai intrinsic ekuiti. Maka itu, anda perlu jadikan timeframe besar sebagai kompas hala tuju pasaran.


 21    Berpandukan Farez Cloud, jika di D1 sudah keluar arrow kuning pertama, masuk pasaran hanya apabila arrow kuning kedua keluar di H4.


 22    Berpandukan Farez Cloud, jika di D1 sudah keluar arrow biru pertama, keluar dari pasaran hanya apabila arrow biru kedua keluar di H4.


 23    Tips (rujuk gambar di bawah. Day Trading bermakna Scalp Trading): 

 A    Kombinasi timeframe D1 dan H4 diatas hanyalah contoh sahaja. Anda perlu memilih kombinasi timeframe besar dan kecil yang betul mengikut jenis ekuiti dan memenuhi beberapa kriteria yang akan diajar didalam kelas tutorial. 

 B    "Trend is your friend". Berdaganglah mengikut signal Farez Cloud trend. Jika pantau price action sahaja, anda akan dikuasai emosi ketika berdagang.  Membuat keputusan dalam keadaan emosi selalunya berakhir dengan kesilapan dan kerugian.




MANTRA "KNOWLEDGE IS POWER"

Kami ada menyediakan kelas khas mengajar teori asas Technical Analysis dan Farez Cloud kepada sesiapa yang berminat. 


Bagi memudahkan proses pembelajaran dan penjadualan, tenaga pengajar kami akan pergi ke tempat anda untuk personal coaching secara face to face mengikut kesesuaian waktu anda. 


Kami mengenakan sedikit bayaran untuk pembiayaan kos perjalanan dan penginapan (jika perlu) apabila pergi ke tempat anda. 


Kelas mengajar mengambil masa 3 jam hingga 4 jam dan merangkumi syllabus yang menyeluruh antaranya:


 24    Mengajar teori asasTechnical Analysis dan teknik penggunaan Farez Cloud yang betul, berkesan dan menguntungkan didatangkan terus dari amanat dan pengalaman pengasasnya. 

Ini penting kerana sebagus mana sekalipun sesuatu perisian, ia tidak akan memberi hasil yang baik jika tidak menggunakannya dengan betul.


 25    Membimbing penggunaan Multi Timeframe analysis yang tuntas dan sudah terbukti kejayaannya.


 26    Melatih cara mengesan lebih awal zon uptrend, downtrend dan sideway dengan teknik khusus sebelum memasuki pasaran.


 27    Menunjuk cara perkiraan optimal nisbah risk/reward dan bila masa yang paling sesuai untuk take-profit atau cut-loss.


 28    Sesi soal jawab.


 29    Berkongsi pengalaman, tips, selok belok dan ilmu yang tidak terdapat didalam laman web ini.


 30    Konsultasi dan khidmat nasihat percuma secara online selepas tutorial.


 31    Yuran tutorial yang berpatutan sebanyak RM5000, RM3000, RM1000Rm ?   khas untuk pengguna Farez Cloud.


 32    BONUS: Anda boleh bawa bersama rakan rakan semasa menghadiri tutorial untuk berkongsi kos. Diakhir sesi kelas, setiap seorang yang hadir akan diberi Farez Cloud secara percuma selama 12 bulan bernilai Rm360 seorang.


 33    Disamping dapat mendalami ilmu pelaburan, sebahagian besar modal asal tutorial anda akan kami pulangkan semula melalui bonus ini.


 34    ALTERNATIF:  Untuk keselesaan, penjimatan masa dan meminimakan kos tutorial, kami syorkan online coaching jika itu sudah memadai untuk anda. Kosnya akan jauh lebih murah dan kelas online melalui Google Meet apps boleh diadakan pada bila bila masa.